Ibu Terpaksa Serah Tubuh Kepada Penyamun Demi Anak

Tuesday, January 31, 2012

KUALA LUMPUR: Serah tubuh atau dua anaknya dibunuh. Itulah pilihan yang diberikan seorang penyamun kepada wanita berusia 32 tahun ketika suspek memecah masuk sebuah taska untuk menyamun dalam kejadian di Bukit Puchong, di sini, awal pagi, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai pembantu taska di premis berkenaan terpaksa ‘merelakan’ tubuhnya diratah suspek demi memastikan keselamatan dua anaknya berumur dua dan tiga tahun.

Difahamkan, mangsa baru bekerja di premis berkenaan sejak sebulan lalu dan turut menetap di taska itu.

Malah, mangsa mendakwa kejadian menimpanya itu bukanlah pertama kali berlaku kerana insiden sama pernah menimpa bekas pekerja taska itu beberapa bulan lalu.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut. - Harian Metro


ps : sial punyer penyamun!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jomss Layanss @ Facebook

Jomss Layans on Facebook

Folllow My Twitter

Followers

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP