Keputusan Penuh Anugerah PPMH 2011/2012
Sehari sebelum Anugerah Juara Lagu ke 26 berlangsung, majalah hiburan popular, Media Hiburan telah menganjurkan Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2011 / 12 (PPMH) pada malam tadi. Walaupun anugerah itu tidak disiarkan di saluran televisyen, tetapi ia berlangsung cukup meriah kerana dihadiri oleh ramai artis-artis popular.
Sebanyak 18 anugerah dipertandingkan dan pemilihan pemenang dibuat berdasarkan undian sepenuhnya daripada peminat. Undian awal dijalankan bermula awal 2011, manakala undian untuk calon Top 5 dilakukan dari Jun hingga Disember tahun lalu.
Mengulas tentang penganjuran anugerah itu, Editor Media Hiburan, Meen Tahrin menjelaskan, Anugerah PPMH diadakan bertujuan untuk menghargai golongan artis dan selebriti yang mewarnai dunia hiburan air tanah air.
“Setiap tahun akan ada perubahan dalam anugerah yang dipertandingan. Perubahan ini berlaku kerana ia bergantung kepada permintaan peminat. Setiap pemenang adalah pilihan pembaca seratus-peratus. Kalau sesebuah anugerah itu dirasakan tidak lagi relevan, kita akan singkirkan. Tahun ini contohnya tidak ada lagi Anugerah Artis Lelaki / Wanita Gigi Tercantik. Tetapi kita ada Anugerah Hot Mama dan Hot Papa,” ulas Meen.
Tentang pemilihan Datuk Yusof Haslam sebagai penerima Anugerah Khas Media Hiburan, Meen memberitahu pemilihan itu dibuat bagi menghargai jasa penerbit dan pengarah filem itu dalam industri hiburan tanah air.
“Jika dihitung, sudah banyak kejayaan yang diperolehi oleh Datuk Yusof Haslam. Boleh dikatakan semua filem yang diterbitkan beliau mendapat sambutan yang memberansangkan. Malah, ada yang mendapatkan kutipan pecah panggung di luar dugaan. Selain itu, penglibatannya dalam industri perfileman juga berjaya mencungkil ramai bakat-bakat baru yang berbakat. Pemilihan Datuk Yusof Haslam dibuat oleh kumpulan editorial Media Hiburan sendiri dengan persetujuan pengurusan atasan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd,” ujar Meen.
Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah PPMH 2011/12

1. Anugerah Ikon - Datuk Siti Nurhaliza
2. Anugerah Harapan - Yunalis Zarai
3. Anugerah Selebriti Favourite - Shahiezy Sam
4. Anugerah Selebriti Cekal - Abby Abadi
5. Anugerah Duda Hot - Norman Hakim
6. Anugerah Janda Hot - Nora Danish
7. Anugerah Selebriti Kacak - Aaron Aziz
8. Anugerah Selebriti Jelita - Rozita Che Wan
9. Anugerah Hot Papa - Aaron Aziz
10. Anugerah Hot Mama - Ziana Zain
11. Anugerah Selebriti Stylo - Stacy
12. Anugerah Rambut Menawan (Lelaki) - Gambit Saifullah
13. Anugerah Rambut Menawan (Wanita) - Fauziah Gous
14. Anugerah Kulit Cantik (Lelaki) - Dafi
15. Anugerah Kulit Cantik (Wanita) - Erra Fazira
16. Anugerah Seksi (Lelaki) - Norman Hakim
17. Anugerah Seksi (Wanita) - Fazura
18. Anugerah Khas Media Hiburan - Datuk Yusof Haslam
sumber : gua.com.my

0 comments:
Post a Comment