Can-am Spyder Roadster Dipasang di Gurun

Thursday, February 2, 2012

SHAH ALAM – DRB-HICOM Bhd. menerusi anak syarikatnya USF HICOM (Malaysia) Sdn. Bhd. (USF HICOM) melabur RM2 juta untuk operasi pemasangan tempatan (CKD) model motosikal tiga roda berkuasa tinggi, Can-am Spyder Roadster (Spyder).

Pemasangan tersebut telah dilakukan di fasiliti Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) di Gurun, Kedah.



Ketua Pegawai Operasi USF HICOM, Iqbal Sharom berkata, model yang dikeluarkan di Kanada itu akan diceraikan sepenuhnya di Australia sebelum dibawa masuk ke Malaysia untuk dipasang di Gurun bagi memenuhi keperluan taraf kenderaan CKD.

“Sehubungan itu, kami mampu menawarkannya pada harga yang lebih rendah kepada pengguna,” katanya pada majlis pelancaran model Spyder CKD pertama di sini semalam.

Turut hadir ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DRB-HICOM Bhd., Datuk Syed Mohamad Aidid Syed Murtaza.

Spyder mempunyai rangka berbentuk Y, dengan dua roda di bahagian hadapan dan satu roda di bahagian belakang yang memberikan lebih kestabilan berbanding motosikal biasa dan dilengkapi enjin berkuasa 998cc dengan kemampuan menghasilkan sehingga 106 kuasa kuda.

Sungguhpun ia sebuah kenderaan tiga roda, Spyder turut dilengkapi dengan teknologi keselamatan yang setanding seperti kereta moden masa kini seperti Anti Lock Braking System (ABS), Stability Control System (SCS) dan Traction Control System (TCS). - Kosmo

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jomss Layanss @ Facebook

Jomss Layans on Facebook

Folllow My Twitter

Followers

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP