Giliran Shaarin Blackrose Pula Dirompak, Peti Simpanan di Gimnasium

Thursday, February 2, 2012

Semalam kita dikejutkan dengan berita Hantu Kak Limah kena samun, kali ni seorang lagi artis kita kena rompak iaitu Shaarin Blackrose, suami Yasmin Hani.



Pengalaman yang agak mengejutkan telah terjadi kepada suami pelakon cantik molek, Yasmin Hani iaitu Sha'arin baru-baru ini, apabila locker atau peti simpanan barang miliknya di salah sebuah gimnasium terkemuka di ibu negara telah digeledah oleh individu tidak dikenali.

Apa yang Murai Batu ingin ketengahkan di sini, bukanlah sekadar menyatakan perasaan simpati dengan nasib yang dialami Sha'arin, tetapi kecuaian pihak gimnasium dalam menjaga keselamatan serta kebajikan penggunanya.

Kalau tak silap Murai Batu, kejadian mencuri atau memecah peti simpanan orang lain di dalam gimnasium bukanlah perkara baru dan kerana itu jugalah ianya tetap terjadi walau 'mungkin' penguat kuasaan telah dibuat.

Murai Batu kurang faham, bagaimana kejadian curi di dalam gimnasium yang memiliki ramai pengunjung dan juga kakitangan tetap terjadi? Apatah lagi setiap peti simpanan yang berisi telahpun dinasihatkan dikunci dengan kunci pemilik masing-masing?

Di mana agaknya peranan sebenar pihak pengurusan gimnasium? Adakah mereka hanya bergoyang kaki atau menganggap kejadian curi ini sebagai sambil lewa saja?

Begitu jugalah situasi yang terjadi oleh Sha'arin apabila dia telah kehilangan dompet dan juga jam tangan istimewa pemberian Yasmin Hani. Khabarnya, jam tangan itu adalah hadiah hantaran sempena persandingan mereka tahun lalu.

Bagaimanapun daripada informasi yang Murai Batu dapat tahu, Sha'arin telahpun melaporkan kejadian itu kepada pihak polis agar tindakan selanjutnya dibuat.

Khabarnya juga, Yasmin yang turut berada di tempat kejadian kelihatan cukup tenang menangani situasi berkenaan kerana mereka sama sekali tidak menyangka dalam mereka sedang asyik bersenam, ada orang yang mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu.

Apapun, nasihat Murai Batu kepada pengunjung gymnasium supaya bersikap hati-hati dan pilihlah kunci yang berkualiti tinggi, teguh dan uph, supaya pencuri licik di setiap bilik locker ibu negara tidak akan dapat menjalani aktiviti hina mereka dengan jayanya.

Mungkin juga, Murai Batu boleh berkongsi petua di sini, agar mengelakan daripada menggunakan locker yang sama setiap kali ke gimnasium bagi mengelakan si pencuri sedar.

Malah elakan juga daripada menyimpan barangan beharga serta wang ringgit yang banyak di dalam peti simpanan berkenaan. - murai.com.my

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jomss Layanss @ Facebook

Jomss Layans on Facebook

Folllow My Twitter

Followers

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP