Kisah di Sebalik AJL26

Wednesday, February 1, 2012

GELANGGANG Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) sudahpun berakhir malam Ahad lalu. Belum terlewat rasanya untuk SS mengucapkan tahniah kepada semua pemenang terutama Vokal Terbaik, Hafiz Suip menerusi lagu Awan Nano yang dicipta Datuk M Nasir.

SS memang sudah menga�gak Awan Nano boleh menang kerana lagu itu sememangnya istimewa. Kemudian dinyanyikan pula oleh juara Akademi Fantasia musim ketujuh, ia terus menjadi sebuah karya yang lengkap.

Tahniah juga SS buat Alyah yang SS fikirkan antara yang terbaik malam itu selain Ning Baizura, Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Faizal Tahir.

Tapi letak ketepi soal kalah menang, apa yang ingin SS kongsikan di sini adalah coret-coret menarik yang berlaku sepanjang AJL26 yang mungkin tidak diketahui peminat yang menonton di rumah.


Macam-macam yang mencuit perhatian SS malam itu. Ada yang positif dan tidak kurang sebaliknya. Jom lihat apa yang SS senaraikan untuk direnungkan.



  • Jeritan penonton AJL26 disifatkan pembakar semangat kebanyakan penyanyi kerana ia sudah menyamai sorakan stadium bola sepak. Malah malam itu, Alyah, Najwa Latif dan trio 3 Suara menerima jeritan paling kuat.
  • Setiap kali waktu rehat untuk iklan, penonton di stadium dihiburkan dengan tayangan video pertandingan Tiru Gaya Penyanyi yang pernah membuat persembahan di AJL sebelum ini. Memang lucu menonton setiap video yang dikirimkan peminat terutama�nya pemenang utamanya yang meniru aksi Zaiton Sameon.
  • Mungkin ramai tidak mengetahui, ada sumber SS yang menyampaikan kisah lucu apabila penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza yang menjadi juri malam itu membawa bekal dalam beg plastik. Siti dilihat memakan bekalannya yang kelihatan seperti kuih dan kemudian beg plastik itu disimpan pengurus�nya, Rozie.
  • AJL26 juga memperlihat�kan lambakan pelakon yang belum dikenali. Bukan main lagi pakaian masing-masing. Paling kelakar apabila seorang pelakon baru tampil dengan pakaian mengalahkan nak ke anugerah Grammy, tapi sayangnya hanya duduk di kerusi media saja hingga membuat�kan ramai teman wartawan yang bertanyakan siapakah gerangan wanita seksi itu.
  • Tidak hanya itu, SS sendiri kagum melihat terlalu ramai pelakon yang datang malam itu sebagai tanda sokongan, cuma SS pelik melihatkan penampilan mereka memang hebat hingga ada sesete�ngahnya yang bergaya mengalahkan barisan penyanyi yang ingin membuat persembahan.
  • Ramai juga yang menghubungi SS dan berta�nyakan mengenai satu situasi iaitu khabarnya penyanyi Ning Baizura terlalu membelakang�kan Shila Amzah sepanjang menyanyikan lagu Beribu Sesalan. Keadaan nampak tidak seimbang dan Ning hanya menyanyi menghadap Jaclyn Victor malam itu menimbulkan banyak spekulasi hingga peminat Shila merasakan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.
  • Konsep air yang cuba diangkat malam itu tidak terbatas pada persembahan, reka bentuk pentas dan konsep keseluruhan produksi saja, sebaliknya pihak TV3 dengan beraninya cuba merealisasikan pancuran air di depan pentas ketika persembahan pembukaan dan penutup. Meskipun tidaklah gah mana, namun usaha itu harus diberi pujian.
  • Penggunaan terlalu banyak bantuan video dan LED di atas pentas oleh Aizat dan Projek Pistol ketika membuat persembahan membuatkan kebanyakan penonton di stadium leka menonton rakaman video berbanding persembahan penyanyi itu sendiri.
  • Persembahan penutup oleh Azlan The Typewriter, Hazama dan Black menerusi rangkaian lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad dilihat tidak berkesan dan seolah-olah tidak menggunakan kemampuan vokal tiga anak muda ini dengan sepenuhnya. Malah SS sendiri tertanya-tanya� mengapa lagu yang dipilih langsung tidak menarik dan kurang menghiburkan untuk pentas berprestij seperti AJL.
  • Persembahan pembukaan juga ada sedikit gangguan pada SS apabila Jamal Abdil�lah seakan-akan terpaksa menga�gak masa untuk menyanyi disebabkan terlalu banyak selingan bunyi guruh yang ingin diletak dalam lagu itu.
  • Apa perlunya penari iringan ketika persembahan penutup? Bukan saja tidak membantu, malah bagai mencacatkan persembahan keseluruhannya.

  • Kemunculan Remy Ishak dalam persembahan Alya �adalah satu kejutan pada saat akhir tanpa sebarang latihan dan perbincangan. Gimik �mereka berpeluk pada akhir persembahan �adalah spontan namun �berjaya meraih jeritan penonton.

sumber : Harian Metro

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jomss Layanss @ Facebook

Jomss Layans on Facebook

Folllow My Twitter

Followers

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP